Tuesday 9 August 2011

Permulaan Tamadun Islam (Keadilan dan Toleransi)

Firman Allah Ta‘ala (al-Syura 42:17) - Maksudnya: Allahlah yang menurunkan kitab dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan).

Al-Mizan (neraca) ialah apa yang digunakan untuk menimbang perkara-perkara dan untuk dibuat ukuran di antaranya.


Allah s.w.t telah menurunkan Al-Qur’an iaitu kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab dengan keterangan dan maknanya yang tepat. Ia mengandungi semua perkara yang menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia (akidah, syariah dan akhlak). Al-Quran hendaklah dibaca dengan diteliti serta difahami dan dihayati isi kandungannya. Ia merupakan sumber rujukan tunggal sebagai pencetus kecemerlangan Tamadun Islam. Dan merupakan mukjizat terakhir yang Allah s.w.t berikan kepada umat sekian alam, bukan hanya menjadi rujukan kepada orang muslim malah juga kepada nonmuslim. Dalam padanya tersebut banyak menyatakan tentang keadilan & toleransi serta seterusnya Al-Quran adalah pencetus permulaannya. Sebagai contoh permulaan kepada semua masyarakat yang telah berubah kepada ketinggian martabat kaum wanita dimana nasib kaum ini terbela berbanding sebelum bangkitnya tamadun islam dimana kaum perempuan diletakkan ditempat yang paling rendah (menjadi hamba seks & anak perempuan dibunuh dll)
Perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w samaada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan ialah Al-Sunnah. Ia adalah sumber kedua selepas al-Quran. Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w dalam bentuk kata-kata tentang sesuatu perkara atau keadaan. Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w yang menjelaskan syariat atau undang-undang. Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan para sahabat di hadapan baginda dengan cara mendiamkan diri (tidak melarang). Peranan al-Sunnah adalah menjelaskan kandungan al-Quran yang ringkas. Rasulullah s.a.w dan para sahabat adalah penyampaian kepada umatnya sehingga kini tentang keadilan & toleransi. Sehingga ada yang shahid untuk menegakkan keadilan.

Kesepakatan pendapat di antara para Mujtahid atau Ulamak Fiqh pada masa tertentu (selepas kewafatan Rasulullah s.a.w) dalam sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ijmak diperolehi melalui Ijtihad dimana ia bermaksud berusaha dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mujtahid ialah ulamak yang mengeluarkan hukum tersebut.

Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan perkara yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut) dikenali Al-Qiyas.

Firman Allah lagi (Fatir 35:9) - Maksudnya: Dan Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu ke suatu negeri yang mati lalu Kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan. Demikianlah kebangkitan itu.

Allah Ta‘ala telah menyamakan antara pembangkitan makhluk dengan permulaan penciptaannya dan menyamakan antara penghidupan semula mayat-mayat dengan penghidupan bumi. Inilah yang dinamakan al-Qiyas (penyamaan/disiplin ilmu).

No comments:

Post a Comment