Tuesday 9 August 2011

Pengenalan - Keadilan

“Sesungguhnya telah kami utuskan rasul-rasul kami dengan membawa bukti yang nyata dan telah kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan Al-Mizan supaya manusia dapat menegakkan keadilan. Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia dan supaya Allah s.w.t mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan Rasul-rasulNya sedangkan Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa”
(Al-Qur’an 57:26) ayat 25 Surah Al-Hadid

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kalian berbuat adil dan berbuat ihsan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kalian agar dapat mengambil pelajaran. 
(Al-Qur’an 16:90) ayat 90 Surah Al-Nahi
 
Tauhid, Al-Adl (Keadilan), jelas bahawa keadilan, dalam Madzhab dan Tariqah, juga merupakan rukun sangat penting. Contoh teladan bagi keadilan dan persamaan, yang hidup kebenaran dan keadilan “Dia dibunuh dimihrabnya kerana sangat adilnya” Dialah Imam Ali Bin Abi Talib AS.
 
Bagi pencari keadilan, keadilan merupakan pemikiran sosial. Al-Qur’an menyatakan yang bermaksud: “Jadilah kalian tonggak-tonggak keadilan.” (Al-Qur’an 4:135). Menegakkan keadilan bererti menjalankan keadilan dan ini lebih dari sekadar kewujudan orang adil itu sendiri. Jadi keadilan adalah hak setiap yang berhak untuk menerima haknya.

Sekiranya kita memandang masalah dari segi pandangan etika individual, maka kebaikan atau itsar itu berkedudukan lebih tinggi dari keadilan. Dikatakan demikian kerana seseorang yang adil itu dipandang adil kerana telah sampai batas kesempurnaan insani seperti tidak melanggar hak-hak orang lain, tiada merampas harta orang lain dan tidak mencari nama di mata manusia.
 
“Sesungguhnya di dalam keadilan itu terdapat keluasan dan siapa yang baginya keadilan itu sempit maka kezaliman pun baginya sempit.” Lingkungan yang satu-satunya dapat mengumpulkan manusia adalah keadilan. Sekiranya dalam masyarakat ditegakkan keadilan, nescaya manusia akan aman dari kejahatan fizikal kerana seseorang tidak boleh melanggar hak orang lain. Adapun apabila keadilan tidak ditegakkan, maka yang terjadi adalah kezaliman, kekejian dan perampasan.
 
Keadilan juga yang menjadi kewafatan para ulama/sahabat nabi. Orang yang berkumpul menentang kepimpinannya, mereka datang menemui Ali A.S dan berkata: “Sesungguhnya sebab utama mereka itu menentang adalah kerana ketidakrelaannya, dan kenapa mereka itu berkomplot adalah kerana engkau tegas dalam menegakkan hak dan persamaan. Adapun masalah para pembunuh Uthman tidak lain hanyalah permainan dan topeng untuk menghasut dan menggerakkan orang-orang yang mahu (menentang) sahaja.” Mereka juga mengkehendaki keringanan darinya terhadap perlaksanaan keadilan itu.

No comments:

Post a Comment