Tuesday 9 August 2011

Pengenalan - Toleransi

Toleransi menjadi fenomena yang berkembang di beberapa negara. Toleransi telah membuka hati nurani dan akal budi untuk mendorong peradaban kemanusiaan yang boleh inklusif dialogis. Ia menjadi tunggak kedamaian & kerukunan Negara.

Al-Qur’an adalah pesanan Allah s.w.t yang memuatkan mutiara toleransi untuk disebarkan di antara sesama makhluk Allah s.w.t. Betapa Agungnya Allah.s.w.t kerana toleransi dan kedamaian merupakan sepirit yang paling terkemuka di dalam Al-Qur’an kerana terdapat lebih daripada 300 ayat secara eksplisit mengajak umat Islam agar toleransi terhadap umat agama lain.

Kalimah “Bismillahirahmannirrahim” tersebut secara eksplisit menyatakan bahawa tuhan adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap muslim dituntut menjadi toleran. Tuhan mencipta manusia di dalam kasih sayangnya. Bila dikaitkan kandungan tersebut maka Nabi Muhammad s.a.w mempunyai maksud khusus pada sabdanya, iaitu agar kasih sayangnya menjadi spiritual dalam setiap fikiran dan tindakan manusia seharian.

Pertembungan di antara agama merupakan titik tolak untuk membangunkan antara peradaban. Allah s.w.t telah menegaskan dalam Al-Qur’an, “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara” (Al-Hujarat [49], 10)

Disebabkan itu, Allah s.w.t telah meminta Nabi Muhammad s.a.w agar setiap umatnya dapat membangunkan persaudaraan dan toleransi.

Dalam Era Globalisasi, setiap pertembungan yang muncul pada tatapan sosial mempunyai impak yang sangat besar dalam membangunkan toleransi. Setiap manusia mempunyai peranan yang sama, iaitu sebagai ‘Khalifah’, apapun agama dan warna kulit.

Toleransi adalah sikap saling menghargai, menerima serta menghormati keragaman budaya dan perbezaan bereksrepsi, maka Al-Qur’an merupakan kitab suci yang secara nyata memberikan perhatian terhadap toleransi. Hal tersebut dapat ditemukan dalam ratusan ayat yang mendorong toleransi. Perhatian Al-Qur’an terhadap toleransi dimulai dari posisi teologis, bahawa tuhan merupakan sumber toleransi kerana tuhan memerintahkan agar toleransi disebarkan di muka bumi.

Bagi mereka yang mempunyai perhatian bagi terciptanya toleransi senantiasa muncul baik dari timur dan juga barat. Tidak hanya pada muslim malah juga dikalangan nonmuslim.

Toleransi, baik dalam konteks keislaman dan sosialisasi, harus diakui bahawa toleransi sebagai istilah dan praktik bukanlah hal baru dalam tradisi Islam. Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang nabi yang sejak awal berlandaskan ajaran pada toleransi. Dalam sebuah hadisnya disebut, bahawa ia diutuskan dengan ajaran kehanifan & toleransi.

No comments:

Post a Comment