Saturday 13 August 2011

Keadilan dan Toleransi Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Abu Bakar As-Siddiq
Memerangi org murtad, nabi palsu dan yang enggan membayar zakat

Alasan tindakannya; Ijtihad Saidina Abu Bakar iaitu sesipa yang mengingkari kewajipan zakat adalah menafikan rukun Islam
Menggerakkkan semula tentera Usamah b Zaid utk memerangi tentera Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah.
Alasan tindakannya: Beliau tidak akan merubah bendera yang telah diikat oleh Rasulullah saw/mentaati keputusan Rasulullah S.A.W
Uthman Affan 
Tokoh ini memberi peluang kepada seluruh masyarakat Islam untuk mengecap kesenangan dan pembangunan material seperti yang sedang dikecapi oleh masyarakat lain di luar negara Islam seperti Rom dan Parsi. Ini kerana Uthman Affan terkenal dengan sikap pemurahnya dan beliau sentiasa menggalakkan para pegawai dalam pemerintahannya supaya menjadi pegawai yang pemurah. Ini bererti Uthman Affan merupakan antara sahabat Nabi yang amat pemurah dan sedia berbelanja kerana kebaikan Islam dan d sebabkan itu sejak awal lagi Uthman Affan merupakan seorang yang kaya dan tidak pernah merasai kesempitan hidup.
Contoh:-
Sikap pemurahnya ternyata sekali ketika membiayai angkatan tentera Al-Usrat zaman Rasulullah S.A.W dan peristiwa-peristiwa yang lain.

Ali Abi Talib

Beliau di lantik sebagai khalifah untuk mencari pembunuh Saidina Uthman Affan mengikut saluran undang-undang Islam dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak di buat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Pemberontakan itu berjaya di tumpaskan oleh Saidina Ali dalam perang Jamal atau dikenali sebagai Perang Unta. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadilan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman Affan. Muawiyah kemudiannya menyatakan rasa kesal dengan kelewatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali maka terjadilah Perang Siffin.

Umar Al-Khattab

Saidina Umar al-Khattab pernah menekankan kepada para sahabat, katanya, yang kuat di antara kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya dan yang lemah di antara kamu adalah kuat sehingga aku pulangkan hak kepadanya.

Contoh:

Pernah diriwayatkan tentang sikap Saidina Umar di dalam melayani orang ramai secara sama rata di hadapan undang-undang. Antaranya diceritakan bahawa salah seorang amir dari keturunan Ghassan semasa melakukan tawafdi Baitullah, maka salah seorang pemuda dari suku Fazzarah telah terpijak jubah yang dipakai oleh amir itu. Amir itu telah bertindak memukul pemuda itu sehingga berdarah hidungnya lalu pemuda itu mengadu kepada Saidina Umar dan Amir itu juga mengadu hal yang sama kepadanya. Beliau lalu berkata kepada Amir itu, pemuda itu berhak bertindak balas ke atas kamu, ataupun dia memaafkan kamu, maka kata Amir itu, bagaimana boleh berlaku demikian, saya seorang bangsawan sedangkan dia adalah seorang biasa. Maka Saidina Umar berkata, sesungguhnya agama Islam telah menyamaratakan antara kamu berdua, kamu tidak melebihinya melainkan dengan sifat takwa sahaja.


Rujukan :-
Mohd Kurd Ali, Al-Islam, Jil. 11, halaman 139 & 141
Al-Kandahlawi, Hayat Al-Sahabah, Jil. 11, halaman 174-175
http://ums.wikipedia.org/wiki/Saidina_Ali_Abi_Talib

No comments:

Post a Comment