Saturday 13 August 2011

Keadilan dan Keadilan Zaman Rasulullah S.A.W

Rasulullah s.a.w. telah menekankan tentang persamaan yang mutlak pada pandangan hukum-hukum syarak. Sabda baginda bermaksud, semua kamu adalah dari ketumnan Adam dan A dam Hawa itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas yang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sabda baginda lagi yang bermaksud, manusia semua adalah sama seperti gigi sikat. Rasulullah s.a.w. mengambil sikap tegas di dalam melaksanakan hukum- hukum syarak dan baginda melarang sama sekali sikap pilih kasih
 
Contoh:
Pernah diriwayatkan bahawa seorang wanita dari keturunan Quraisy telah mencuri selepas pembukaan Makkah. Orang Quraisy sangat khuatir sekiranya Rasulullah s.a.w. akan memotong tangannya dan ini sudah tentu akan mencemarkan sekali nama baik suku ini di kalangan bangsa Arab. Orang Quraisy telah mengutus Usamah bin Zaid untuk meminta Syufaat' terhadap wanita itu. Lalu baginda berkata kepadanya, apakah kamu meminta syufaat terhadap suatu kesalahan yang dilakukan terhadap Allah? Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai sambil memberi ucapan, katanya, Apa halnya dengan suatu kumpulan yang memohon syufaat terhadap kesalahan yang dilakukan terhadap Allah, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu binasa disebabkan mereka apabila seseorang bangsawan di antara mereka mencari, maka dia dibiarkan tanpa dihukum, tetapi apabila orang yang lemah melakukannya, maka ia dikenakan hukuman keatasnya. Demi Allah, kiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, maka aku akan potong tangannya.


No comments:

Post a Comment