Saturday 13 August 2011

Keadilan dalam Islam

Keadilan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
  • Keadilan Undang-Undang
  • Keadilan Sosial
  • Keadilan Sejagat
Keadilan Undang-undang 

Keadilan undang-undang ialah undang-undang itu dikenakan atau dikuatkuasakan ke atas semua orang secara sama rata tanpa dibezakan di antara yang kaya dengan yang miskin dan tanpa sebarang perbezaan berdasarkan warna kulit, bangsa dan agama, juga tanpa sebarang perbezaan di antara orang yang jahil dengan orang yang terpelajar dan sebagainya. 

Ini menunjukkan kesemua mereka adalah sama sahaja di hadapan undang-undang, tidak ada unsur lebih melebihi di dalam melaksanakan undang-undang itu di kalangan manusia, kalau pun ada kelebihan, maka itu adalah dari kebaikan perseorangan yang dilakukan oleh seseorang manusia. 

Rasulullah s.a.w. telah menekankan tentang persamaan yang mutlak pada pandangan hukum-hukum syarak. 

"Sabda baginda bermaksud, semua kamu adalah dari keturunan Adam dan Hawa itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas yang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa” (Riwayat Bukhari dan Muslim). ”Sabda baginda lagi yang bermaksud, manusia semua adalah sama seperti gigi sikat.” 

Rasulullah s.a.w. mengambil sikap tegas di dalam melaksanakan hukum- hukum syarak dan baginda melarang sama sekali sikap pilih kasih. 

Contoh kes di zaman Rasullah s.a.w: -

Pernah diriwayatkan bahawa seorang wanita dari keturunan Quraisy telah mencuri selepas pembukaan Makkah. Orang Quraisy sangat khuatir sekiranya Rasulullah s.a.w. akan memotong tangannya dan ini sudah tentu akan mencemarkan sekali nama baik suku ini di kalangan bangsa Arab. Orang Quraisy telah mengutus Usamah bin Zaid seorang yang dikasihinya dan anak kepada bekas hambanya yang dimerdekakan. Usamah telah menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta Syufaat' terhndap wanita itu. Lalu baginda berkata kepadanya, apakah kamu meminta syufaat terhadap suatu kesalahan yang dilakukan terhadap Allah? Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai sambil memberi ucapan, katanya, Apa halnya dengan snatu kumpulan yang memohon syufaat terhadap kesalahan yangdilakukan terhadap Allah, sesungguhnya orang yang terdahulu daripada kamu binasa disebabkan mereka apabila seseorang bangsawan di antara mereka mencari, maka dia dibiarkan tanpa dihukum, tetapi apabila orang yang lemah melakukannya, maka ia dikenakan hukuman keatasnya. Demi Allah, kiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, maka aku akan potong tangannya. 

Kebanyakan undang-undang yang berjalan pada masa kini, tidak menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan oleh "ketua negara". Ini kerana ketua negara tidak sepatutnya melakukan kesalahan. Undang- undang ciptaan manusia sehingga kini menganggap peribadi ketua negara sebagai peribadi yang terlindung dan tidak boleh disentuh, di samping mendewa- dewakannya sehingga seolah-olah mereka itu dari golongan yang suci. Ungkapan- ungkapan yang dilahirkan oleh sesetengah para hakim dan penolong pendakwa raya membayangkan bahawa ketua-ketua negara itu sebagai peribadi yang suci dan tidak boleh disentuh. Realitinya, walaupun corak pemerintahan beraja mulai terhapus, tetapi kesannya masih ada, kerana peribadi ketua negara masih lagi disalut oleh pandangan tadi.

Keadilan Sosial 
Keadilan sosial bertujuan supaya setiap orang dapat hidup di dalam masyarakatnya secara yang mulia tanpa sebarang penindasan. la memberi kesempatan kepada masyarakat untuk mempergunakan kebolehan yang dimilikinya untuk kemanfaatan diri dan masyarakat. 

Contohnya, kemiskinan sukar untuk dihapuskan sepenuhnya. Sebaliknya keadilan sosial hanya bertujuan untuk meringankan sedikit kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan miskin, mengikiskan rasa iri hati dan dengki terhadap golongan kaya serta memberi peluang kepada mereka untuk mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kesannya, tenaga yang ada boleh dipergunakan dan boleh membawa kebaikan untuk masyarakat serta dapat menghindarkan keburukan ke atas diri mereka dan juga ke atas masyarakat sendiri. 

Manusia akan berbeza dari segi kemiskinan dan kekayaan mereka sehinggalah bumi ini dan makhluk-makhluk diambil semua oleh Allah s.w.t. Kemiskinan tidak mungkin dapat dibanteras melainkan setelah semua kekuatan dapat disatukan, punca-punca rezeki dan gejala-gejala kebendaan serta pemikiran dapat disatukan. Ini kerana manusia adalah berbeza sesama mereka dalam segi kekuatan. 

Berdasarkan kemiskinan dan kekayaan, agama Islam menganggap ia suatu hakikat yang tetap dan menganggap gejala-gejala ini sebagai suatu perkara semula jadi bagi kehidupan manusia. 

Hakikat ini telah diakui oleh al-Quran di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia. 

Walau bagaimanapun ini tidak bererti bahawa agama Islam mengakui wujudnya kasta atau kelas berdasarkan kemiskinan atau pemilikan kekayaan. Di dalam Islam tidak terdapat sebarang peraturan kasta seperti yang dapat kita saksikan di dalam pelaksanaannya terhadap keadilan undang-undang. Agama Islam juga memastikan bahawa orang kaya tidak akan bersikap tinggi diri terhadap golongan miskin berdasarkan kekayaan. Kelebihan manusia di sisi Allah s.w.t. hanya berdasarkan sifat ketakwaan dan ketaatan, serta kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. itu hanya diukur dari segi amalan soleh. 

”Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa A llah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu, tetapi ia melihatpada hati dan pekerjaan kamu.” 

Oleh itu, beberapa pendekatan dilakukan untuk mengelakkan timbulnya suatu golongan yang mengancam masyarakat serta mencetuskan perasaan iri hati di kalangan orang miskin yang kelak akan memberontak terhadap peraturan-peraturan masyarakat sehingga sanggup melakukan kegiatan mencuri, merampas, merompak dan mungkin juga membawa kepada mengubah peraturan sesuatu masyarakat seperti berikut: 

i. Memberi peluang kepada setiap orang untuk berusaha dengan menyediakan peluang pekerjaan. 

ii. Menyediakan peluang-peluang supaya mereka yang mempunyai kemampuan dapat mengambil faedah dari keupayaan dan kebolehan yang mereka miliki. 

iii. Menyediakan kemudahan hidup bagi golongan yang tidak berdaya untuk bekerja, selain kemudahan yang disediakan untuk para pekerja dan juga bagi mereka yang memiliki bakat untuk mencungkil kebolehan mereka. 

Agama Islam telah mengemukakan tiga sumber untuk memenuhi keperluan golongan kurang berdaya ini iaitu: 

i. Sumber harta Baitulmal. Setiap pungutan atau kemasukan ke dalam Baitulmal adalah untuk orang miskin kerana ia merupakan hak mereka dan wajib dikeluarkan kepada mereka secara teratur, amanah dan adil. 

ii. Sumber zakat iaitu pengeluaran dari sumber ini hendaklah didahulukan kepada fakir miskin dan mereka yang terputus perbelanjaan semasa dalam perjalanan. Jadi mereka hendaklah diberi peruntukan dari harta zakat. 

iii. Melalui dasar 'nafkah' terhadap kaum keluarga, kerana agama Islam mewajibkan keluarga yang kaya memberi nafkah kepada keluarga yang miskin dan tidak mampu. 

Keadilan Sejagat 
Hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam telah ditegakkan sejak dari mulanya di atas dasar kasih sayang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan sebarang kawan kamu dari orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusirkamu dari negeri kamu dan membantu untuk mengusirkamu, dan barangsiapa yang menjadikan mereka itu sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim (Surah Al-Mumtahanah: Ayat 8 dan 9). 

Perasaan kasih sayang merupakan asas perhubungan kemanusiaan. Apabila berlaku permusuhan dan meletus peperangan, maka "keadilan" adalah menjadi kata pemutus dalam keadaan ini. Orang Islam mesti melaksanakan keadilan biar betapa kuat sekalipun permusuhan itu. Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa (Surah Al-Maa'idah: Ayat 8). 

Keadilan merupakan hak suci yang ditentukan dan sama-sama dinikmati bahkan oleh pihak musuh. Maka, apabila berlaku permusuhan, undang-undang keadilan mengehendaki supaya ditentang permusuhan tersebut selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Barangsiapa yang menyerang kamu, maka serangilah ia selaras dengan serangannya terhadap kamu, bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa (Surah Al- Baqarah: Ayat 194). Sekiranya mereka tidak melahirkan permusuhan, maka orang Islam tidak berhak untuk menyerang mereka kecuali sekiranya diyakini mereka membuat persediaan untuk melakukan permusuhan. Orang Islam tidak seharusnya menunggu sehingga mereka melancarkan serangan, malah harus menyerang terlebih dahulu sebelum diserang. Ini kerana sebaik-baik pertahanan ialah melakukan serangan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan melancarkan serangan terhadap orang Islam. 

Agama Islam juga mewajibkan umatnya sentiasa "menepati janji" apabila membuat ikatan perjanjian dengan pihak musuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Hendaklah kamu penuhi janji kerana sesungguhnya janji itupasti diminta pertanggungjawabnya. Islam menekankan bahawa menunaikan janji itu merupakan suatu "kekuatan", dan Islam menekankan supaya janji itu ditepati dan ditunaikan. Di dalam al-Quran terdapat suatu ayat yang tegas menekankan supaya janji hendaklah ditunaikan, iaitu firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpahmu itu sesudah mengukuhkannya, sedangkamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat. Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali dengan menjadikan sumpahmu sebagai alat menipu di antara kamu disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain, sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu dan sesungguhnya di hari Kiamat akan dijelaskannya kepada kamu apa dahulunya kamu perselisihkan itu, dan kalau Allah mengehendaki, nescaya ia menjadikan kamu satu umat sahaja, tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan dahulu. Danjanganlah kamujadikan sumpahmu sebagai alat penipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan bagi, kamu azab yang besar (Surah Al-Nahl, Ayat 91).

No comments:

Post a Comment