Nabi Daud A.S
Tak berlaku zalim ketika mengadili perselisihan faham berkaitan kambing.
Terdapat dua orang saudara yang mempunyai kambing. Salah seorang daripadanya mempunyai 99 kambing betina dan seorang lagi cuma mempunyai seekor sahaja. Pemilik 99 ekor kambing telah memaksa pemilik seekor kambing untuk menyerahkan kambingnya dengan mengalahkan dalam rundingan. Mereka telah berjumpa dengan Nabi Daud untuk menuntut keadilan dan Nabi Daud telah membuat keputusan dengan adil di mana menyebelahi pihak yang benar dan berhak berbanding dengan pihak yang berkuasa.
Nabi Shuib A.S
Melarang umatnya berlaku zalim dalam bidang perniagaan di mana mereka telah memanipulasi harta-harta orang lain, memanipulasi harga barang dan menipu para pelanggan.
Baginda menyeru agar kaumnya bahawa pekerjaan yang jujur adalah lebih baik bagi mereka dan menyeru mereka melaksanakan keadilan dalam perniagaan.
Nabi Muhammad S.A.W
Kedegilan dan kekufuran bangsa Arab.
Di ketika itu, bangsa Arab merupakan majoriti masyarakat sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
Baginda telah di utuskan kepada masyarakat yang sebegitu jahil untuk menyeru mereka kepada jalan kebenaran dan kebaikan.
Baginda menyampaikan suruhan Allah kepada satu kaum yang lebih cenderung kepada kekufuran, dan telah menjadi contoh ikutan kepada mereka sepanjang hayat baginda.
Baginda melaksanakan keadilan sebagaimana yang di tuntut di dalam Al-Quran terhadap penduduk tempatan di negeri-negeri jajahan dan telah membuat perjanjian yang memuaskan hati semua pihak. Ciri utama perjanjian-perjanjian tersebut ialah tiada pihak yang akan terjejas di sebabkan ketidakadilan yang kecil. Atas sebab ini, penduduk di wilayah jajahan umat Islam, tidak kira agama mahupun bangsa mereka, sentiasa berpuas hati dengan keadilan yang di bawa Islam.
Kesan dari keadilan baginda mencerminkan pentadbiran yang penuh toleransi dan aman yang dilaksanakan di ketika itu.
Baginda juga menentang perkauman dan menegakkan keadilan serta menolak kefahaman jahiliah yang disifatkannya sebagai diskriminasi kaum.
No comments:
Post a Comment